Lelaki sakit mental menyamar askar ditahan
Iklan
Lelaki mental ditahan anggota askar kerana cuba menyamar dalam Kem Rasah.
SEREMBAN - Seorang penuntut sebuah kolej swasta yang disyaki mengalami masalah mental ditahan polis selepas cuba menyamar dan menceroboh masuk kem tentera di Jalan Rasah kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu cuba memasuki kawasan kem berkenaan sebelum disedari anggota tentera yang bertugas.
Iklan
Iklan
Menurut sumber, pengawal bertugas telah menahan dan mendapatkan beberapa maklumat daripada suspek yang mengaku sebagai anggota tentera berpangkat Sarjan dari Kor Risik Diraja.
"Siasatan mendapati lelaki tersebut menyamar dan cuba menipu untuk memasuki kawasan kem. Pemeriksaan di badan menjumpai sebilah pisau tajam, dompet dan kunci kereta.
Iklan
"Pegawai bertugas kemudian menghubungi polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat kejadian.
Iklan
"Polis menahan suspek untuk pemeriksaan lanjut dan berdasarkan maklumat diperoleh, kita dapati suspek mempunyai masalah mental.
"Dia dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan hospital mengesahkan suspek mempunyai rekod rawatan pesakit psikiatri,” katanya.
Menurutnya, lelaki tersebut kini mendapatkan rawatan lanjut di hospital sebelum dibenarkan keluar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>