SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 di Istana Negara, hari ini.
Terdahulu, baginda berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dibarisi tiga pegawai dan 103 tentera terdiri daripada pelbagai pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.