Budak hilang di Kuala Besut ditemui sempadan Thailand
Iklan
KUALA BESUT- Kanak-kanak berusia 9 tahun, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand.
Perkara itu dimaklumkan kepada oleh ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.
Iklan
Iklan
Siti Ruziana berkata, penemuan anak ketiganya daripada empat adik beradik dimaklumkan kepadanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman serta beberapa kenalan.
Katanya, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, bersama anggota polis akan membawanya ke Pengkalan Kubur iaitu kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand pagi ini.
Iklan
"Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan beliau ditemui oleh beberapa orang kenalan dari Kuala Besut," katanya yang sempat melahirkan rasa syukur kerana anaknya juga berada dalam keadaan sihat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak itu namun tiada maklumat lanjut setakat ini.- Bernama
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bimbang Saiful Aiman tak pulang
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>