Hospital Medan Malaysia terima satu lagi penghargaan
Iklan
Noor Hisham
KUALA LUMPUR - Hospital Medan Malaysia menerima satu lagi penghargaan, Anugerah Inovasi Piala Sultan Azlan Shah.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata anugerah itu sebagai penghargaan kepada kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk perancangan, pembinaan dan pengoperasian hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh.
Iklan
Iklan
"Dengan rasa rendah hati saya menerima Anugerah Inovasi Piala Sultan Azlan Shah bagi pihak KKM bersama Yang Berbahagia Lt Jen Datuk (Dr) Hj Ya’akop Koming, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja ATM,” kata Dr Noor Hisham dalam catatan terkini di laman Facebooknya, malam ini.
Upacara itu berlangsung pada Jumaat malam lepas bersempena Majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja Ke-52.
Iklan
Hospital Medan Malaysia sebelum ini menerima pelbagai penghargaan antarabangsa, termasuk daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah serta pelbagai agensi antarabangsa dan tempatan.
Dr Noor Hisham berkata hospital medan itu telah beroperasi sejak Disember 2017 untuk mengurangkan beban kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar.
Iklan
"Kementerian Kesihatan, menerusi Op Starlight 1 menguruskan hospital itu sebelum diambil alih oleh ATM pada March 2018,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>