Dana 1MDB: Pas harap pemimpin PH insaf
Iklan
Kamaruzaman (duduk tengah) pada sidang media di Majlis Jamuan Hari Raya Perpaduan Ummah di Bangi hari ini.
BANGI - Pas berharap pemimpin-pemimpin PH akan insaf dan tidak lagi mengulangi tuduhan terhadap parti itu terutama dalam isu 1MDB.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya melibatkan imej dan integriti parti lain.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya bukan isu 1MDB saja tetapi terlalu banyak tuduhan tidak berasas yang dikemukakan. Kalau tak minta maaf pun, kita harap mereka insaf dengan sikap sebelum ini yang terlalu terburu-buru membuat tuduhan tanpa fakta yang jelas.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh terima dana 1MDB, Pas tuntut permohonan maaf terbuka
Iklan
"Sebenarnya sikap ini tidak baik untuk negara kerana mereka adalah pemimpin politik dan merekalah yang akan membentuk suasana negara. Kita bimbang jika sikap mereka ini akan ditiru oleh rakyat," katanya pada sidang media di Majlis Jamuan Raya Perpaduan Ummah anjuran bersama Pas, UMNO, Ikatan dan Isma Bangi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas sudah menerima permohonan maaf daripada pemimpin PH berhubung dakwaan parti itu menerima dana daripada 1MDB.
Iklan
Pada 21 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti, bagaimanapun Pas tidak tersenarai.
Susulan itu, Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin, menggesa mana-mana individu termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana memfitnah parti itu menerima dana daripada 1MDB.
Dalam perkembangan lain, Kamaruzaman menasihatkan PKR supaya menyelesaikan urusan dalamannya sebelum memberi pandangan mengenai kerjasama Pas dan UMNO.
"PKR selesaikan dulu urusan dalaman mereka, isu video tak selesai lagi, biarkan urusan UMNO- Pas ini diselesaikan oleh kami. Kami rasa tak perlukan khidmat nasihat daripada PKR, terima kasih di atas pandangan.
"Kita akan ambil apa tindakan yang perlu untuk memperkasakan rancangan perpaduan ummah kita ini," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mencabar UMNO dan Pas membuktikan keikhlasan kerjasama dua parti itu dalam bentuk agihan kerusi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.