Tentera Turki terbunuh di Syria

Iklan
40

ANKARA - Seorang tentera Turki terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas tentera kerajaan Syria melepaskan tembakan ke arah pos pemantauan mereka di wilayah Idlib.

Tembakan mortar dan meriam semalam adalah serangan yang sengaja dilakukan, kata kementerian pertahanan Turki dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Turki mempunyai 12 pos pemantauan di Idlib, di barat laut Syria.

Idlib merupakan salah satu zon de-eskalasi yang dipersetujui di bawah perjanjian damai Astana September lalu yang turut melibatkan Rusia dan Iran, yang menyokong kerajaan Syria dan Turki menyokong pasukan pemberontak.

Iklan

Namun, Damsyik meningkatkan serangannya sejak akhir April lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap pelarian dari wilayah berkenaan yang menempatkan kira-kira tiga juta orang.

Kementerian Turki berkata, ia bertindak balas semalam dengan melancarkan serangan bom, sementara ketua tenteranya memanggil atase ketenteraan Rusia dan memberi amaran akibat yang"teruk” sekiranya serangan berulang di masa akan datang.

Iklan

Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh kerajaan Syria cuba mensabotaj kerjasama Turki dengan Rusia pada Mei ketika cuba mencari penyelesaian bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak lapan tahun lalu. – AFP