Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga
Iklan
LAHAD DATU - Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata mangsa, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokoknya menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam pada 10 pagi.