Dipukau tiga warga asing
Iklan
Kedai makan milik Nor menjadi sasaran tiga individu yang memukau mangsa untuk melarikan wang tunai semalam.
SETIU - Seorang peniaga nyaris kerugian sejumlah wang selepas dipercayai dipukau tiga individu di kedai makan yang diusahakannya dekat Chalok, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 35, berkata, ketika kejadian, hanya ada pekerjanya di kedai manakala dia ada urusan di luar.
Iklan
Iklan
Menurut Nor, tiga individu tersebut terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki dipercayai berasal dari Timur Tengah atau Pakistan berdasarkan wajah, pertuturan dan pemakaian mereka.
"Mengikut maklumat pekerja saya, perempuan yang paling muda berusia sekitar 20an manakala seorang lagi lingkungan 50an dan lelaki berusia 40an.
Iklan
"Mereka datang dengan menaiki kereta jenis Honda Arcord dengan meletakkan kereta tersebut agak jauh dari kedai,” katanya.
Nor berkata lagi, tidak lama selepas masuk ke dalam kedai, wanita berusia 50an pergi di kaunter bayaran memberitahu mahu membayar makanan barat yang telah ditempah dan diterimanya.
Iklan
Menurutnya, pada awalnya pekerja tersebut hairan kerana tidak ada makanan di tangan wanita itu dan bertanya di mana makanan tersebut.
"Wanita yang tidak fasih bercakap Melayu itu memberitahu makanan itu, dia telah simpan di dalam kereta,” katanya.
Kata peniaga ini lagi, wanita tersebut menghulurkan not RM100 kepada pekerjanya di kaunter bayaran dan sebaik memegang wang tersebut menyebabkan pekerjanya hanya melihat apa yang dilakukan perempuan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>