SPRM lapor polis, ciapan Twitter palsu mengenai jemaah haji

Iklan
Paparan Twitter palsu

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis susulan penularan ciapan Twitter palsu menggunakan nama Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya mengenai jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, pada Isnin lepas.

Iklan
Iklan

Suruhanjaya itu menegaskan ciapan berkenaan adalah palsu yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imejnya dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

"SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat," kata SPRM yang turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan ciapan palsu itu.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Latheefa nafi minta jemaah haji pulangkan wang tajaan 1MDB