Agong bantu mangsa kemalangan di Putrajaya

Iklan
Gambar yang dikongsikan di laman Instagram Istana Negara pagi ini. - FOTO INSTAGRAM ISTANA NEGARA

SHAH ALAM - Pengguna jalan raya di Putrajaya dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kejadian itu dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Putrajaya.

"Alhamdulillah pemandu kereta terbabit, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius," katanya.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran pada laman itu, baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.