40 cedera, tiga kritikal ditembak tentera Israel

Iklan
global
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 40 warga Palestin mengalami kecederaan semasa menyertai protes anti-pendudukan di sepanjang sempadan antara Genting Gaza dan wilayah yang diduduki Israel, semalam.

Tunjuk perasaan itu disertai hampir 8,000 penduduk dan bertujuan mencabar pengepungan selama bertahun-tahun Israel di kawasan pantai.

Tentera Israel menggunakan peluru hidup dan meriam air serta melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lapan warga Palestin cedera terkena peluru hidup dan tiga daripadanya kritikal.

Ia mengesahkan bahawa berpuluh-puluh lagi cedera akibat terhidu gas pemedih mata.

Setakat ini, lebih 230 rakyat Palestin terbunuh sepanjang protes mingguan sejak 30 Mac lalu.

Manakala lebih 23,000 lagi cedera termasuk wanita dan kanak-kanak. - Press TV