'Surat permohonan bukan surat sokongan menteri'

Iklan

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu surat permohonan kewarganegaraan Malaysia melibatkan agensi itu dan Pejabat Menteri Dalam Negeri yang tular di media sosial adalah prosedur biasa.

Menerusi kenyataan media hari ini, agensi itu berkata, surat permohonan kewarganegaraan itu akan dipanjangkan kepada agensi dan bahagian yang berkaitan bagi tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Pejabatan Menteri Dalam Negeri dan JPN telah menerima banyak surat permohonan kewarganegaraan Malaysia serta pertanyaan mengenai status terkini permohonan kewarganegaraan.

"Surat yang ditularkan itu juga bukan sebagai sokongan atau pun kelulusan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap sesuatu permohonan kewarganegaraan, malah pertimbangan pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia tertakluk kepada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak semua permohonan akan diluluskan," katanya.

Iklan

Semalam tular di media sosial dokumen yang didakwa sebagai surat sokongan kepada permohonan kewarganegaraan Malaysia selain dakwaan terhadap JPN dan Kementerian Dalam Negeri dengan mudah meluluskan permohonan daripada kaum tertentu

Jabatan itu menegaskan permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan Pejabat Menteri Dalam Negeri bukan daripada kaum tertentu sahaja.

Iklan

"Berdasarkan rekod kami bagi tempoh 10 Mei 2018 hingga 30 Mei 2019, sebanyak 8,322 permohonan kewarganegaraan diterima daripada pelbagai latar belakang kaum dan daripada jumlah tersebut hanya lima pemohon dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

"Manakala untuk rekod bagi tempoh yang sama, sejumlah 3,126 pemohon telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia memabitkan permohonan adalah dari tahun-tahun sebelumnya," katanya.