Penyeragaman fatwa, undang-undang syariah beri keadilan kepada semua
Iklan
KUALA LUMPUR - Penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah perlu bagi memperkasakan undang-undang syariah agar ia dapat memberikan keadilan dan rahmat kepada semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Perkara itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang mengesyorkan supaya wujud penyelarasan fatwa berhubung isu-isu kepentingan nasional agar dapat diterima pakai di peringkat negeri masing-masing selepas ia diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan telah diambil maklum oleh Majlis Raja-Raja.