Wabak measles kalangan Orang Asli Kuala Koh rekod 43 kes
Iklan
Dr Dzulkefly ditemui pada sidang media di pejabat Kementerian Kesihatan, Putrajaya. FOTO SINAR:ZAHID IZZANI
PUTRAJAYA - Sejumlah 43 kes daripada 113 kes melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan, didapati positif wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Daripada 113 kes yang direkod setakat Selasa lepas, 53 kes masih dirawat di hospital iaitu 51 kes di wad biasa dan dua di Unit Rawatan Rapi; 12 kes dengan gejala ringan ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli di Gua Musang serta tujuh kes di Pusat Latihan Khidmat Negara Gua Musang manakala kes kematian kekal tiga.
Iklan
Iklan
"Keputusan makmal terkini ke atas dua kes kematian yang dibuat bedah siasat didapati positif measles (demam campak)," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Dr Dzulkefly berkata bedah siasat ke atas 12 mayat yang ditemui telah dijalankan serta sampel telah dihantar ke makmal, yang keputusannya dijangka dalam masa terdekat.
Iklan
Dr Dzulkefly berkata tiada kes baharu disyaki demam campak dilaporkan dalam komuniti Orang Asli di Kg Gerdong, Hulu Terengganu dan Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa wabak demam campak bukan punca kematian Orang Asli di Kuala Koh, beliau berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya membuat dakwaan tanpa bukti yang kukuh.
Iklan
"Perkara ni tak boleh dakwa. Ia mestilah kukuh, secara objektif ditentukan melalui ujian yang dilakukan dan mesti mempunyai nilai empirik yang kukuh,” katanya.
Beliau turut menyangkal dakwaan pihaknya lambat bertindak untuk menangani wabak demam campak kalangan Orang Asli di Kuala Koh, sebaliknya menegaskan kejadian wabak itu hanya diterima oleh Kementerian Kesihatan pada 3 Jun lepas.
"Pada hari yang sama pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli telah memasuki perkampungan tersebut dan mengesan 29 penduduk Orang Asli yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan.
"Wabak telah diisytihar pada hari tersebut dan aktiviti pencegahan dan kawalan wabak telah digerakkan pada hari yang sama,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>