Belum ada panggilan daripada penculik - Polis
Iklan
KOTA KINABALU - Pihak berkuasa atau mana-mana pihak belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan bersenjata yang dilapor menculik 10 nelayan Bajau Laut di perairan Felda Sahabat Lahad Datu, awal pagi semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata sehingga hari ini, polis belum menerima laporan atau dimaklumkan mengenai panggilan daripada kumpulan penculik sama ada oleh pemilik bot yang terlibat atau keluarga mangsa.
Iklan
Iklan
"Belum ada lagi (menerima sebarang panggilan daripada kumpulan penculik),” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai perkembangan terkini kes itu, hari ini.
Mengenai enam nelayan yang terselamat dalam kejadian itu, Omar berkata, polis telah mengambil kenyataan mereka semalam di Balai Polis Cenderawasih, Felda Sahabat Lahad Datu bagi membantu siasatan.
Iklan
Kesemua nelayan yang terselamat itu masih berada di Cenderawasih dan dua bot nelayan yang terlibat dalam kejadian itu juga masih berlabuh di kawasan perairan Felda Sahabat di bawah pengawasan polis. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, 10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu ketika dalam perjalanan menuju ke Semporna.
Mereka dipercayai dilarikan ke Pulai Sitangkai di Selatan Filipina, kira-kira 15 minit perjalanan dari perairan Tambisan, Lahad Datu.
Iklan
Kesemua mangsa berumur 17 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya memiliki Dokumen Lepa-Lepa yang dikeluarkan kepada pelaut nomad sebagai pengenalan diri nelayan berkenaan.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor ketika ditanya mengenai kejadian itu, berkata Bukit Aman menunggu perkembangan terkini berhubung kes itu daripada Pesuruhjaya Polis Sabah.
"Siasatan masih berjalan dan kami masih menunggu perkembangan terkini,” katanya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.