4 maut minum samsu haram di Johor

Iklan
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menunjukkan minuman keras yang disyaki mengandungi bahan kimia beracun.

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan empat kematian di beberapa daerah berasingan di negeri ini, akibat meminum samsu haram yang disyaki mengandungi bahan kimia beracun jenis methanol.

Selain itu, terdapat satu kes melibatkan mangsa hilang penglihatan dilaporkan akibat kejadian sama.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, mangsa terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga warga asing iaitu India, Nepal dan Pakistan berusia lingkungan 30 hingga 36 tahun.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah minum arak dipercayai jenis 'Miludeer' yang mengandungi bahan kimia beracun jenis methanol yang dibeli di pasaran tempatan.

Iklan

"Bedah siasat akan dijalankan oleh pihak hospital ke atas kesemua mangsa yang meninggal dunia bagi tujuan mengetahui punca kematian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, minuman keras haram yang dirampas pula akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan isi kandungannya.

Iklan

Katanya, polis telah mengenal pasti beberapa premis dipercayai menjual samsu haram dan beberapa siri serbuan telah dijalankan oleh satu pasukan khas yang ditubuhkan sebaik sahaja mendapat maklumat berkaitan kes itu.

"Sembilan orang telah ditangkap iaitu empat lelaki tempatan dan lima warga Indonesia berumur di antara 25 hingga 44 tahun. Mereka telah ditangkap di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan, Seri Alam dan Kulai untuk siasatan.

"Selain itu, dalam serbuan terdapat juga beberapa jumlah botol arak dan tin minuman keras yang dipercayai diseludup masuk tanpa membayar duti Kastam," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) akta Imigresen 1959/63.

"Di sini saya ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada mengambil minuman arak haram dan yang boleh dibeli dengan murah di pasaran.

"Kerana kita tidak tahu apa kandungannya, dan sesiapa yang ada maklumat berkaitan ini, sila tampil ke hadapan kerana dalam serbuan kita, kita percayai stok yang ada telah disorokkan dengan seberapa segera sebelum kita melaksanakan serbuan," katanya.