Komuniti orang asli Gua Musang gesa tubuh jawatankuasa khas

Iklan
Sejak puluhan tahun, masyarakat orang asli Bateq hidup aman damai tanpa gangguan sebarang penyakit. Gambar kecil: Nasir Dolah

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Komuniti orang asli Gua Musang menggesa satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian 15 suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir.

Aktivis orang asli, Nasir Dolah berkata, keputusan baru-baru ini menyatakan bahawa isu wabak di perkampungan orang asli itu bukan berpunca daripada pencemaran sungai.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau kurang yakin dengan tahap kajian itu dan didakwa mengelirukan semua pihak.

"Lagipun, kalau kajian ini dilakukan pada waktu kemarau ia memang tak ada kesan bahan atau pencemaran.

Iklan

"Jika Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau mana-mana agensi buat kajian selepas hujan sudah tentu akan adanya saliran air yang dibawa dari aktiviti perlombongan yang mengalir melalui sungai, ini fakta.

"Melihat kepada situasi ini, saya mohon pihak kerajaan dapat menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk membuat kajian semula kerana pada kami ada sebab berlakunya kes ini," katanya.

Iklan

Tambah Nasir, sejak puluhan tahun, masyarakat orang asli Bateq hidup aman damai tanpa gangguan sebarang penyakit.

"Tiba-tiba wujud satu penyakit yang dilebel sebagai penyakit misteri.

"Dalam dunia ini mesti ada sebab bila berlakunya satu benda dan ia mungkin hasil kerakusan tangan manusia," katanya.