Lemas terjatuh ketika betulkan lampu
Iklan
Mahazir dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ketika membaiki lampu di Loji Rawatan Air Sungai Linggi itu kira-kira jam 2.30 petang tadi.
SEREMBAN - Seorang kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan(Sains) dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam Loji Rawatan Air Sungai Linggi di Rantau dekat sini hari ini.
Kejadian itu berlaku ketika Mahazir Hanif Idrus, 38, bersama seorang lagi rakan setugas sedang membuat kerja penyelenggaraan kira-kira jam 2.30 petang.
Iklan
Iklan
Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, K Putthisigamany berkata, seramai lapan anggota bomba ke lokasi dan tiba pada jam 2.40 petang.
"Kita dapat panggilan daripada rakan mangsa yang beritahu mangsa terjatuh ke dalam kolam ketika sedang betulkan lampu."Mangsa berjaya dikeluarkan dari kolam yang mempunyai kedalaman 5 meter kira-kira jam 3.30 petang dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mayat mangsa yang berpakaian lengkap diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>