Kemalangan maut di Pahang menurun
Iklan
Kamarulzaman
KUANTAN - Kes kemalangan maut di negeri ini menunjukkan penurunan apabila merekodkan 19 kes dengan 21 kematian dalam tempoh 10 hari perlaksanaan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan tiga kes berbanding 22 kes dengan 23 kematian dicatatkan pada Op Selamat 13/2018.
Iklan
Iklan
Menurutnya, secara keseluruhannya, jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh itu mencatatkan 1,208 kes iaitu meningkat sebanyak 163 kes atau 15.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 1,045 kes.
"Kes kemalangan melibatkan kecederaan parah dan ringan juga menurun kepada hanya tujuh kes pada Op Selamat kali ini berbanding 20 kes pada Ops Selamat 13," katanya semalam.
Iklan
Beliau berkata, jumlah saman dikeluarkan sepanjang tempoh Op Selamat 15 sebanyak 18,721 saman atas pelbagai kesalahan.
"Jumlah itu juga menunjukkan penurunan sebanyak 1,984 saman berbanding 20,705 saman dikeluarkan pada Op Selamat 13 tahun lalu,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Karnival Pesona Wanita DUN Dong hargai pengorbanan golongan wanita"><meta itemprop="description" content="Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraikan menerusi penganjuran Karnival Pesona Wanita DUN Dong 2026 yang menghimpunkan hampir 700 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806576/edisi/pahang/karnival-pesona-wanita-dun-dong-hargai-pengorbanan-golongan-wanita
Muzik: Michael Briguglio Fly Away dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #KarnivalPesonaWanitaDUNDong #Wanita"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T06:02:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P149S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xx8y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xx8y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xx8y"></script>