Perparitan tidak sistematik punca banjir
Iklan
Gue Teck (kanan) melihat sistem perparitan dan pembetungan yang dipercayai punca berlakunya banjir di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai.
MELAKA TENGAH - Sistem perparitan yang tidak sistematik menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai di sini dinaiki air terutama apabila hujan lebat berterusan.
ADUN Klebang, Gue Teck berkata, masalah itu termasuk berpunca dari pembetungan yang berada di persimpangan kampung berkenaan sehinggakan banjir kerap berlaku dan sehingga kini belum menemui jalan penyelesaian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, lebih memeritkan penduduk dihantui banjir hampir lima kali setiap kali hujan lebat di kawasan terbabit dalam tahun ini.
"Masalah pembetungan yang menghubungkan antara jalan di persimpangan kampung hingga ke seberang jalan utama dipercayai telah tersumbat hinggakan longkang yang ada tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak.
Iklan
"Keadaan itu menyebabkan air melimpah ke jalan dan kejadian kelima yang berlaku kira-kira 10 hari lalu menyebabkan tujuh rumah turut terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat sistem perparitan di kawasan itu di Bukit Rambai di sini semalam.
Gue Teck berkata, beliau memberi jaminan untuk mengatasi masalah sistem perparitan di kawasan terbabit secepat mungkin demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>