SKMM akan ambil tindakan pihak sebar kandungan lucah di internet
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar ataupun berkongsi kandungan berunsur lucah di internet.
Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.