Enam rumah penduduk ditenggelami air

Iklan
Kawasan rendah di Merbau Indah dinaiki air selepas hujan lebat melanda kampung itu sejak petang tadi. - Foto ihsan JBPM

DESA COALFIELDS - Seramai 22 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields selepas rumah mereka dinaiki air.

Sebanyak enam rumah penduduk ditenggelami air di Kampung Merbau Indah selepas hujan lebat melanda kawasan rendah sejak petang tadi.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden banjir di kawasan terbabit.

"Operasi diketuai Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Zaihan Amran bersama pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Antara rumah penduduk dinaiki air selepas hujan lebat melanda Kampung Merbau Indah sejak petang tadi. - Foto ihsan JBPM

"Enam rumah beralamat di Tanah Merah Batu 20, Kampung Merbau Indah dinaiki air dan 22 mangsa termasuk 11 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

"Keadaan paras air dilaporkan semakin surut bagaimanapun mangsa masih belum dibenarkan pulang," katanya.

Iklan

Operasi itu melibatkan 17 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan Sungai Buloh.