Sarawak sedia jadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia
Iklan
KUCHING - Sarawak bersedia menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, ia adalah cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mengadakan mesyuarat bersama mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada bulan lepas.
Iklan
Iklan
"Kita akan bentuk satu jawatankuasa khas bersama untuk membincangkan dan melaksanakan sambutan Hari Malaysia itu kelak, perkara ini juga dipersetujui bersama," katanya semasa mengadakan kunjungan ke Rumah Terbuka Anggota Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, hari ini.
Abang Johari berkata, hubungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sememangnya erat dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Iklan
"Dengan adanya jawatankuasa bersama itu juga, apa-apa pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan baik demi kebaikan dan pembangunan Sarawak,” ujarnya.
Semalam pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, PH negeri akan mencadangkan kepada Kabinet Persekutuan agar sambutan Hari Malaysia diadakan di Sarawak seiring dengan semangat MA63. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>