Lelaki aktif samun sekitar Ipoh ditahan
Iklan
Gambar kecil: Mazuki Mat
IPOH - Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun di bandar raya ini, semalam.
Suspek berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 4 petang di Jalan Kampung Dew, Simpang, Taiping.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas mendapati dia memandu kereta jenis Toyota Altis dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan pada kenderaan itu tidak sama dengan jenis kenderaan yang didaftar selain nombor enjin kereta itu tidak mempunyai rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Iklan
"Semakan nombor casis didaftar di bawah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis yang dilaporkan hilang di Dengkil, Selangor," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pihaknya turut menemui beberapa barangan dipercayai di samun dalam kenderaan terbabit.
Iklan
"Kita rampas 12 beg tangan dan beg laptop, tiga komputer riba dan dua telefon bimbit serta sebuah televisyen.
"Turut ditemui kad pengenalan seorang wanita, 14 kad pelbagai jenis dan 18 kad akses, jam tangan dan kayu golf,” katanya.
Mazuki berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>