Kerajaan NS prihatin bebanan rakyat
Iklan
Program ini dapat mengurangkan bebanan rakyat Negeri Sembilan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Seremban- Program Mantai Perdana Aidilfitri yang berlangsung serentak di semua daerah di negeri ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin tentang isu kenaikan harga barang keperluan di musim perayaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, atas inisiatif program ini maka besarlah harapan kerajaan negeri agar dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan rakyat Negeri Sembilan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
Iklan
"Orang ramai boleh membeli daging lembu pejal pada harga yang lebih rendah berbanding harga semasa di pasaran.
"Selain daging lembu, kita juga menawarkan produk-produk lain seperti produk salai, ayam daging, telur ayam, sayur sayuran, santan segar dan pelbagai barang basah bagi tujuan sambutan Aidilfitri," katanya selepas merasmikan Program Mantai Perdana 2019 di Sikamat.
Iklan
Aminuddin berkata, pelbagai keperluan di satu lokasi yang sama. Produk-produk ini juga akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga semasa di pasaran.
"Dianggarkan sebanyak 380 ekor lembu akan disembelih sepanjang program ini berlangsung yang mana ia melibatkan dalam anggaran 38,000 kilogram daging yang akan dijual dengan harga RM29 sekilogram.
Iklan
"Kita jangkakan ianya akan memberi manfaat kepada hampir 12,666 orang penduduk di Negeri Sembilan.
"Kerajaan negeri memberikan jaminan bahawa daging yang dijual diproses mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di mana setiap ternakan tersebut bebas dari sebarang penyakit dan proses sembelihan dilakukan dengan teliti serta dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di pusat-pusat sembelihan yang berkenaan. Semua produk ini dijamin Halal," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>