Polis IPD Jempol santuni pesara polis
Iklan
Muhd Nurhishamuddin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada SM(B) Nordin Ayub di Kampung, Bukit Kelulut, Jempol.
Jempol - Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD) semalam meluangkan masa lebih tiga jam menyantuni pesara polis sekitar daerah ini sambil menyampaikan sumbangan sempena perayaan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Mohd Nurhishamuddin Hashim berkata, usaha itu menjadi satu platform dalam merapatkan ukhwah silaturrahim warga polis IPD Jempol bersama pesara-pesara polis.
Iklan
Iklan
"Ianya secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan dan hasrat murni pucuk pimpinan polis (IPD Jempol) dalam memberikan tanda penghargaan kepada golongan masyarakat termasuk pesara-pesara polis.
"Dalam masa sama dapat meningkatkan keharmonian dan kebajikan komuniti setempat selain menyantuni masyarakat yang terdiri daripada pesara-pesara terutama yang sakit terlantar,"katanya selepas ditemui pada Program Ziarah Kasih dan pemberian sumbangan sempena Aidilfitri kepada pesara polis yang uzur.
Iklan
Ziarah kali ini melibatkan kediaman pesara polis sekitar Kampung Jawa, Kampung Serting Ilir, Bukit Kebulur dan Batu Kikir.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>