Ismail Lasim menghadap Tuanku Muhriz petang tadi

Iklan
Kenderaan dinaiki Tuanku Muhriz keluar daripada Istana Hinggap

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini, pada petang Selasa.

Perkembangan itu menyusul selepas pengumuman peletakan jawatan beliau menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Ismail tiba di istana berkenaan kira-kira jam 5 petang dan pertemuan dengan Tuanku Muhriz berlangsung lebih sejam.

Kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dilihat meninggalkan Istana Hinggap sekitar jam 6.30 petang menerusi pintu utama.

Iklan

Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki Ismail dipercayai keluar melalui pintu belakang istana dan tidak sempat dirakam oleh pihak media.

Sehingga kini, Ismail masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung peletakan jawatannya meskipun timbul desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dipaksa berbuat demikian.

Iklan

Terdahulu, ketika dihubungi pemberita menerusi aplikasi WhatsApp, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan meminta diberikan sedikit ruang.

“Maaf... tiada PC (sidang media) atau kenyataan media daripada saya. Terima kasih,” katanya ringkas.