World #QuranHour suntik semangat masyarakat mendekati al-Quran

Iklan
Alunan surah al-Kahf bergema sempena program World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

GOMBAK - Kempen World #QuranHour merupakan satu gerakan yang menyuntik semangat masyarakat khususnya orang Islam untuk mendekati al-Quran.

Pembawa Panji Al-Kahf, Ahmad Tarmizi Abd Rahman berkata, bukan hanya berdampingan atau membaca al-Quran tetapi turut diajak bagi memahami dan mengamalkan kitab suci itu dalam kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

"Dalam satu jam kita bersama World #QuranHour ini, ada tiga elemen iaitu membaca bersama, memahami dengan tadabbur dan ada resolusi atau pelan tindakan untuk di amalkan.

"Secara peribadi, saya boleh katakan World #QuranHour adalah satu gerakan besar yang mengajak masyarakat untuk membudayakan al-Quran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Katanya, ini adalah tahun keempat penglibatan dirinya dalam World #QuranHour sebagai pembawa panji.

"Ia merupakan suatu yang bermakna untuk saya kerana diberikan peluang secara langsung dalam gerakan ini," katanya.

Iklan

Jelasnya, Surah Al-Kahf yang dipilih bagi World #QuranHour cukup dekat dengan orang Islam kerana sering dibaca setiap Jumaat.

"Ada elemen-elemen dalam surah tersebut juga cukup dekat seperti ilmu, kekuasaan dan masyarakat. Surah ini dipilih untuk kita lebih memahami dan menelusur penceritaannya," katanya.