Jawi rancang perluas kaedah kubur tingkat kepada jenazah berwaris
Iklan
Proses pengebumian jenazah menerusi kaedah pengebumian secara kubur bertingkat.
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merancang untuk memperluaskan kaedah pengebumian secara kubur bertingkat kepada jenazah berwaris pada masa hadapan, susulan kekangan tanah perkuburan Islam yang semakin terhad di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, cadangan itu bagaimanapun memerlukan kajian yang lebih terperinci dan mendalam sebelum dibawa kepada jawatankuasa berkaitan untuk penilaian serta keputusan.