PM minta Rapid KL, MOT selesaikan segera isu kesesakan tren

Iklan
Tangkap layar hantaran pengadu dan respons Anwar di Thread.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Rapid KL dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) termasuk menterinya, Anthony Loke Siew Fook mengambil perhatian terhadap masalah kesesakan tren serta mencari penyelesaian segera.

Permintaan itu dibuat menerusi respons kepada aduan pengguna Thread, @siti.anisahj yang meminta supaya lebih banyak gerabak disediakan berikutan tren yang penuh setiap hari.

Iklan
Iklan

"Kerap kali terjadi dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak. Kita mesti lebih peka dan bertindak," kata Perdana Menteri. 

Terdahulu, pengguna berkenaan turut meluahkan kesukaran dihadapi apabila jalan raya sesak ketika memandu, manakala tren pula dipenuhi penumpang.

Iklan

"Hari-hari begini. Drive jem, naik train full," katanya.

 

Iklan