Maut gara-gara pendingin hawa meletup
Iklan
- Foto Ihsan Bomba
KUALA PILAH - Seorang juruteknik maut manakala anaknya cedera selepas pendingin hawa di sebuah kedai aiskrim di sini meletup pagi tadi.
Kejadian pada jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 56 tahun dan anaknya berusia 22 tahun sedang membuat kerja penyelenggaraan pendingin hawa di premis terbabit.
Iklan
Iklan
Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi dan sebuah jentera dan enam pegawai bomba dikerahkan ke lokasi.
"Sebaik sampai kita dapati seorang lelaki cedera parah pada bahagian muka terbaring atas jalan raya dan tidak sedarkan diri.
Iklan
"Apabila ambulans sampai dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, difahamkan letupan berlaku secara tiba-tiba ketika mangsa sedang membaiki salah satu kompresor pendingin hawa yang rosak.
Iklan
Eva Saifun berkata, mangsa yang ketika itu memanjat tangga untuk membaiki kompresor di tingkat satu premis tercampak sebaik letupan berlaku.
"Anak mangsa pula hanya mengalami cedera ringan dan telah diberi rawatan awal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Pilah," katanya.
Sementara itu katanya, pihaknya masih menyiasat punca letupan dan kes itu akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.