Ramadan keempat tanpa suami
Iklan
Nik Asma (tiga dari kiri) menerima kunjungan wakil Kemudi, RGH, KCTV dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan kelmarin.
PASIR PUTEH - Selepas kematian suami empat tahun lalu, dia menjaga tujuh anak dengan tabah walaupun dihimpit kemiskinan.
Nik Asma Nik Pa, 40, dari Kampung Batu Hitam berkata, dia menyara anak dengan menjual makanan dan minuman untuk kanak-kanak.
Iklan
Iklan
Walaupun pendapatan tidak seberapa katanya, sekurang-kurangnya dia berusaha kerana dia tidak mahu anaknya tercicir pelajaran.
"Ada masa terputus bekalan makanan dan terpaksa berhutang dengan jiran kerana tidak mahu melihat anak kelaparan.
Iklan
"Rumah ini terlalu kecil untuk lapan sekeluarga tetapi apa nak buat, tapak rumah pun tanah rezab sungai dan jalan," katanya.
Menurutnya, suaminya, Roslan Rashid meninggal dunia selepas tujuh tahun menghidap penyakit kencing manis dan tahun ini merupakan tahun keempat dia menyambut Ramadan tanpa suami.
Iklan
Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Royal Guest House (RGH) Kelate Creative TV (KCTV) dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan menerusi program Kita Kongsi semalam.
Antara yang hadir; Presiden Kemudin, Azran Fitri Abdul Rahim; Setiausaha Kemudi. Rosmiza Kasim; Ketua Pegawai Eksekutif RGH, Raja Rusmin Raja Mahmud; Setiausaha Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan, Muhammed Imran Mansoor dan bekas ADUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat.
Nik Asma berkata, anak sulungnya, Nur Salsabila Roslan, 22, menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, anak kedua Nur Najihah, 21, mengalami masalah sendi pinggul sejak kecil dan anak ketiga, Shahirah Balqis, 20, menuntut di UiTM Seri Iskandar.
Katanya, empat lagi anaknya adalah Iskandar Zulkarnain, 18, Muhammad Alif Asyraf, 16, Hafiz Muhaimin, 12, dan Muhammad Haziq Iqbal, 8.
"Kami dapat bantuan bulanan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi ia tidak mencukupi, saya mesti terus berkerja," katanya.
Sementara iru Azran Fitri ketika ditemui berkata, Pasir Puteh yang mana tida keluarga asnaf diziarahi.
"Keluarga yang kita kunjungi hari ini dalam kesempitan, sumbangan yang kita sampaikan ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan mereka," katanya.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.