KTMB tambah dua ETS antara KL-Padang Besar sempena Aidilfitri

Iklan

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur dan Padang Besar bagi menampung permintaan tinggi perkhidmatan itu bersempena Aidilfitri ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan bahawa pertambahan dua jajaran tren itu adalah bagi perjalanan yang akan dibuat pada 1 hingga 4 Jun dan 7 hingga 10 Jun ini.

Iklan
Iklan

"Tiket bagi kedua-dua perjalanan itu akan dijual mulai 10 pagi esok,” jelas kenyataan itu.

Tiket berkenaan boleh dibeli melalui kaunter-kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian melalui laman web rasmi www.ktmb.com.my. – Bernama

Iklan
Iklan