322 pegawai, anggota polis Johor tidak dapat bertugas
Iklan
Mohd Khalil
JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan sehingga kini terdapat seramai 322 pegawai dan anggotanya yang masih di dalam penjawatan tidak dapat digerakkan atas faktor-faktor tertentu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, perkara itu adalah kerana terdapat pegawai atau anggota yang hamil, sakit kronik, dan paling dikesali adalah digantung tugas kerana pelbagai kesalahan jenayah, dadah atau rasuah.
Iklan
Iklan
"Saya sekarang ini sedang tekankan supaya jangan ada pegawai dan anggota di Johor ini yang menjadi penyumbang kepada jumlah 'casualty'. Tetapi, bukan yang hamil atau sakit itu, ini yang soal digantung tugas atas tindakan tatatertib.
"Kenapa saya tekankan mereka yang berdepan integriti ini? kerana setiap daripada mereka ini penting," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Iklan
Mohd Khalil berkata, pihaknya amat memandang serius isu berkenaan memandangkan jumlah tersebut turut menyumbang kepada tahap efisien Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Johor.
"Tenaga kerja dalam waktu tugasan mereka yang tidak digunakan ini sepatutnya boleh berlaku 'meet and greet' dengan masyarakat dan sebagainya.
Iklan
"Dah la kita ini kurang orang, bila berlaku benda ini, ia jadi lebih buruk. Walaupun 322 itu hanya tiga peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah kekuatan kita, ia tetap perlu dipandang serius," katanya.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau berkata, jumlah yang direkodkan bagi tahun ini melibatkan isu tersebut adalah merangkumi 30 pesakit kronik, mengambil cuti sakit (59) dan wanita hamil (31).
"Selain itu, 16 ditahan kerja, 52 berdepan salah laku tatatertib, 15 lagi terbabit kes jenayah, 13 kes dadah, tujuh dalam kes hubungan intim dan lapan kes dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya ambil contoh kes dadah, saya mahu bersihkan Kontinjen Johor ini daripada kes dadah.
"Kesan daripada dadah sangat tinggi. Saya tidak mahu berlaku seperti satu kes di Kota Tinggi, dia bukan anggota kita tetapi dia pulang bercuti di kampungnya di Kota Tinggi, mengamuk dan mengugut ibunya serta ahli keluarga dengan pisau, kerana mahu duit, untuk membeli dadah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>