Pengasas Jet Airways ditahan di Lapangan Terbang Mumbai

Iklan
Naresh Goya. - Foto AFP

MUMBAI - Pihak Imigresen India dilaporkan menahan pengasas Jet Airways, Naresh Goyal dan isteri daripada menaiki penerbangan menuju ke London, semalam.

Jurucakap imigresen berkata, Goyal dan isterinya Anita ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai selepas pihak berkuasa bertindak menghentikan penerbangan pesawat Emirates yang sedang bersedia untuk berlepas.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang butiran diberikan berhubung sekatan perjalanan terhadap pasangan terbabit namun laporan media tempatan mengatakan mereka dibenarkan meninggalkan lapangan terbang tersebut tidak lama kemudian.

Goyal,69, tidak berada dalam siasatan namun beberapa orang ahli perniagaan berprofil tinggi dilaporkan telah meninggalkan India ekoran dakwaan terlibat dalam jenayah kewangan.

Iklan

Pada Mac lalu, Goyal meletak jawatan daripada pengurusan Jet Airways ekoran perjanjian penstrukturan semula hutang dengan pihak peminjam.

Dilancarkan pada tahun 1992, Jet Airways pernah menjadi syarikat penerbangan paling berjaya di India namun kelemahan pengurusan, pelaburan merugikan, persaingan daripada syarikat penerbangan tambang murah, kenaikan harga bahan api serta beberapa faktor lain menjadi punca kejatuhannya.

Iklan

Kegagalan membayar balik pinjaman dan mendapatkan bantuan kewangan menyebabkan Jet Airways terpaksa menghentikan operasi dan hampir 20,000 pekerjanya berdepan risiko kehilangan pekerjaan. - AFP