Bapa, anak bergadai nyawa
Iklan
Nik Zamari bersama anaknya mengharung air sejauh 3km untuk keluar membeli barang dapur selepas jalan utama di Kampung Kubang Pak Itam, Meranti di sini ditenggelami banjir.
PASIR MAS - Seorang bapa dan anak sanggup bergadai nyawa meredah banjir paras dada sejauh 3km untuk keluar membeli barang dapur selepas jalan utama di Kampung Kubang Pak Itam, Meranti di sini ditenggelami banjir.
Nik Zamari Mohd Nor, 41, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai kemudahan bot selepas jalan masuk ke kampung berkenaan ditenggelami paras dada.
"Saya terpaksa membawa anak lelaki sebagai peneman selain memudahkan tugas untuk membawa barangan dapur semasa mengharungi air," katanya.
Menurutnya, Kampung Kubang Pak Itam mula dilanda banjir sejak empat hari lalu ekoran limpahan air Sungai Golok dan hujan yang kadang kala lebat.
Katanya, air paras pinggang sudah melimpah masuk ke dalam rumahnya, namun dia kini berlindung di atas para buat sementara waktu.
"Saya dan keluarga hanya menunggu arahan untuk berpindah sahaja. Segala persiapan telah dilakukan sebaik sahaja air mulai naik," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>