KUCHING - Bulan Ramadan merupakan masa yang sesuai bagi syarikat-syarikat dan pelbagai agensi untuk menyumbang balik kepada masyarakat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, semua syarikat serta pelbagai agensi digalakkan untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena bulan yang mulia ini.