Raja Muda Perlis mahu asnaf mualaf diberi perhatian
Iklan
Syed Faizuddin menyampaikan sumbangan kepada seorang asnaf mualaf di Masjid Al-Muqarrabin Bohor Empiang, di sini, petang semalam.
KANGAR - Keperluan asnaf mualaf perlu diberi perhatian melalui pendedahan kelas-kelas pengajian agama yang bertujuan untuk memperkuatkan keimanan dan jati diri mereka sebagai umat Islam.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak-pihak berkepentingan, sama ada jabatan kerajaan atau NGO yang menguruskan golongan mualaf disarankan untuk mencari pendekatan terbaik dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan bagi menyantuni golongan ini.
Iklan
Iklan
Titah baginda, pihak ini juga perlu memastikan bantuan sewajarnya disampaikan kepada golongan mualaf yang tersisih dari keluarga mereka atau menghadapi kesulitan dalam ikhtiar hidup.
"Ini supaya mereka mendapat semangat dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa setelah bergelar muslim," titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri MAIPs Kepada Asnaf Mualaf Tahun 2019 yang diadakan di Masjid Al-Muqarrabin Bohor Empiang, di sini, petang semalam.
Iklan
Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, dalam usaha membantu golongan asnaf ini, MAIPs sentiasa memberikan sokongan dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan khas kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis untuk melaksanakan pengurusan selain sumbangan kepada pelaksanaan kelas-kelas pengajian.
"Selain itu, MAIPs juga menubuhkan 'One Centre Malaysia Negeri Perlis' bertujuan melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengadakan pendekatan baru bagi memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat bukan muslim terhadap Islam," titah baginda.
Iklan
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Dr Hazman Hassan.
Program tahunan ini adalah anjuran pihak MAIPs dan One Centre Malaysia Negeri Perlis yang mana setiap 470 orang mualaf yang hadir menerima RM200 dari pihak MAIPs bagi persediaan menyambut Aidilfitri masing-masing.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.