PDRM nafi gugur kalimah ALLAH, Muhammad pada logo pasukan

Iklan
Asmawati Ahmad

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang pihaknya telah mengubah logo pasukan itu, dengan mengugurkan kalimah ALLAH dan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad berkata pihaknya telah menetapkan dua garis panduan dalam penggunaan logo pasukan yang berkuatkuasa pada 2014 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan Ketua Polis Negara ketika itu.

Iklan
Iklan

"Logo PDRM dengan kalimah ALLAH dan Nabi Muhammad SAW hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda atau bahan yang diletakkan di tempat atau lokasi tinggi.

"Logo yang tidak tertera kalimah ALLAH dan Nabi Muhammad pula diguna pakai dalam urusan percetakan (buku atur cara, notis atau kenyataaan) agar tidak tercemar kesucian kalimah itu, jika risalah berkenaan dijadikan pelapik duduk, dipijak dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Asmawati turut berharap, pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu mengenai isu logo itu menghentikan tohmahan liar yang mampu membangkitkan kegusaran dan menjejaskan kredibiliti PDRM sebagai pasukan keselamatan di mata rakyat.- Bernama

Iklan