Peniaga dinasihat tak jual aksesori polis dalam talian
Iklan
KUALA LUMPUR - Peniaga dalam talian dinasihatkan untuk tidak menjual sebarang kelengkapan dan peralatan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara terbuka kerana dikhuatiri boleh mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya mengesan terdapat peniaga menjual butang baju Melayu dengan menggunakan logo PDRM secara dalam talian.