Laluan utama penuh sampah, berbau busuk
Iklan
Keadaan laluan utama Kampung Alor Pudak, Yan yang dipenuhi sampah.
YAN - Jalan utama Kampung Alor Pudak di sini dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.
Penyelaras DUN Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, pihaknya sudah meninjau kawasan yang dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah di kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
Katanya, aktiviti pembuangan sampah di kawasan tersebut telah berlanjutan hampir bertahun lamanya.
"Namun begitu keadaan itu bertambah teruk sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan
Menurut Zahran, lokasi berkenaan bukan sahaja menjadi tempat pembuangan sampah penduduk kampung tersebut malah terdapat juga lori yang membawa muatan sampah dari luar turut menjadikan kawasan itu sebagai pusat pembuangan sampah.
"Kawasan berkenaan terlalu hampir dengan rumah penduduk dan tidak adil untuk mereka menghidu bau sampah yang sangat busuk,” katanya.
Iklan
Zahran berkata, keadaan itu bukan sahaja mengundang bau busuk malah turut mencacatkan pemandangan.
"Sebelum ini papan tanda larangan membuang sampah telah diletakkan namun dicabut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Insya-ALLAH kali ini kita akan pastikan kawasan ini kembali bersih kerana pihak saya sendiri telah memaklumkan kepada Majlis Daerah Yan (MDY),” katanya.
Katanya, diharapkan dengan tindakan yang bakal diambil oleh MDY kawasan berkenaan akan menjadi lebih bersih.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>