Tunku Ismail hormati pandangan Syed Saddiq
Iklan
PENGERUSI Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghormati pandangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai tanggungjawab pemain bola sepak tempatan membayar cukai pendapatan.
Bagaimanapun, Tunku Ismail bertitah campur tangan ahli politik dalam bola sepak tanah air tidak boleh berlaku kerana dibimbangi dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).