Perbelanjaan pembangunan Terengganu belum capai sasaran
Iklan
Mohd Redzuan (dua dari kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU - Prestasi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi tempoh 2016 hingga 2020 di Terengganu masih belum mencapai sasaran.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, sehingga hari ini prestasi perbelanjaan bagi Terengganu ialah sebanyak 19.92 peratus iaitu RM214.91 juta daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.078 bilion.
Iklan
Iklan
"Ada banyak sebab mereka (kerajaan negeri) tidak dapat capai penuh apa yang sepatutnya dibelanjakan pada masa lalu dan melaksanakannya mengikut jadual yang dicadangkan.
"Bagaimanapun, mereka perlu terus pastikan projek ini dilaksanakan sepenuhnya supaya kita boleh mulakan RP4 tanpa menyambung daripada projek-projek yang masih belum mencapai matlamat, sebelum ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Terengganu di sini hari ini.
Menurutnya, terdapat beberapa kekangan terhadap sistem penyampaian dahulu menyebabkan kesukaran kerajaan negeri untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.
Iklan
"Mungkin ada sebab-sebab seperti kelewatan pembayaran daripada kerajaan dahulu (BN). Apapun, kita boleh tambah baik dengan dapatkan maklum balas tepat daripada kementerian-kementerian tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, kerajaan negeri dilihat komited dalam mencapai matlamat masyarakat berpendapatan tinggi dan tidak bergantung dengan bantuan wang ringgit secara terus daripada kerajaan Pusat.
"Ini dapat mengurangkan kebergantungan usahawan terhadap bantuan kerajaan dalam masa yang sama membantu meningkatkan pendapatan.
"Kerajaan negeri nampaknya begitu memahami dengan memberi maklum balas seperti perumpamaan memberi ‘kail’ berbanding memberi ikan. Ia antara formula boleh dilakukan bagi mewujudkan negara keusahawanan. Apabila ada kail, mereka akan lebih berusaha,” katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.