Mahkamah tolak permohonan lucut harta bernilai RM1.58 juta

Iklan
Abdul Latif (kiri) diiringi peguamnya, Abd Rahim (kanan) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen.

JOHOR BAHRU – Bekas Exco Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi bersyukur apabila Mahkamah Sesyen di sini, menolak permohonan perlucutan hak terhadap harta bernilai kira-kira RM1.58 juta miliknya dan ahli keluarga.

Menurut Abdul Latif, permohonan perlucutan harta itu tidak berasas memandangkan beberapa kenderaan miliknya dan ahli keluarga sudah tentu rosak selepas sudah tidak lama tidak digunakan.

Iklan
Iklan

"Apa-apapun saya bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini,” katanya yang tiba di mahkamah bersama anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta isterinya, Nur Shaliza Mohd Salleh.

Terdahulu, permohonan perlucutan harta itu dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Mahadi Abdul Jumaat melibatkan enam buah kereta termasuk Honda CRV, Toyota Land Cruiser, Honda HRV, Nissan Skyline, Porsche Cayenne, Toyota Velfire.

Iklan

Selain itu, ia turut membabitkan sebuah motosikal, 19 jam tangan berjenama mewah selain wang asing daripada Singapura, Hong Kong dan Kuwait serta wang tunai berjumlah RM406,000 milik syarikat Ahmad Fauzan Hatim.

Permohonan itu dilakukan selepas mahkamah mengarahkan harta-harta yang disita itu dikembalikan kepada pemilik asal atau yang berdaftar.

Iklan

Bagaimanapun, Mahadi memohon pelaksanaan perintah di bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi yang akan difailkan dalam masa terdekat.

Abdul Latif (kiri) bersama Ahmad Fauzan Hatim (dua dari kanan) dan Nur Shaliza (kanan) berbincang dengan Abd Rahim (dua dari kiri).

Hakim Kamaruddin Kamsun kemudiannya membenarkan permohonan penangguhan bagi mengembalikan harta serta memerintahkan rayuan permohonan itu boleh dibuat dalam tempoh 14 hari.

"Permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari. Sekiranya tiada permohonan dikemuka, aset berkenaan akan dipulangkan kepada pemilik berdaftar.

"Responden (yang terdiri daripada pihak bank) boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kereta yang disita dikembalikan dengan sejumlah bon cagaran bergantung kepada budi bicara,” katanya.

Pada prosiding berkenaan, Abdul Latif dan ahli keluarganya diwakili oleh peguam Abd Rahim Ali.

Sebelum ini, Abdul Latiff yang juga bekas Adun Endau dilepas dan dibebaskan daripada 37 pertuduhan rasuah dua tahun lalu pada 21 April lepas.

Pendakwaan tersebut melibatkan beliau bersama Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub membabitkan pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Pada 19 April 2017, ahli politik itu bersama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan melibatkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Abdul Latif Bandi bebas 37 tuduhan suapan

Latif Bandi tak tidur malam tunggu keputusan hari ini

Pembebasan Abdul Latif tiada campur tangan politik: Hasni