Terkejut jadi pengunjung bertuah Melaka
Iklan
Sitti Fatimathul Zahra (kanan) bersama tiga rakan lain bersama hadiah yang diterima selepas namanya diumumkan sebagai pengunjung bertuah ke 300,000 oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) semalam.
MELAKA - Kunjungan kali pertama seorang kakitangan awam, Sitti Fatimathul Zahra Jaafar, 28, bersama tiga rakan lain ke Muzium Samudera di Banda Hilir di sini, memberi kejutan buat dirinya apabila namanya diumumkan sebagai pengunjung bertuah ke 300,000 oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) semalam.
Sitti Fatimathul Zahra berkata, dia yang berasal dari Sabah dan berkhidmat di Jabatan Imigresen, Putrajaya tidak menyangka biarpun kunjungan sehari ke Melaka namun ia memberikan kenangan manis yang sukar dilupakan.
Iklan
Iklan
Menurut Sitti Fatimathul Zahra, dia sebenarnya sudah lama tidak berkunjung ke Melaka mengambil peluang cuti di hujung minggu untuk menghabiskan masa seharian berjalan di Melaka dan melawat muzium-muzium.
"Saya tidak menyangka terpilih sebagai pengunjung bertuah kerana saya pun sudah lama tidak datang ke Melaka.
Iklan
"Terima kasih kepada Perzim dan tahniah kepada Kerajaan Melaka kerana menganjurkan program ini yang sekali gus menghargai pengunjung yang datang ke sini," katanya.
Sebagai pengunjung bertuah, Sitti Fatimathul Zahral membawa pulang sijil penghargaan, set buku, baucar berbuka puasa yang ditaja oleh Hotel Kobemas, tiket menaiki Melaka River Cruise dan tiket muzium percuma.
Iklan
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Perzim, Drs Mohd Nasruddin Rahman yang diadakan di atas replika kapal Flor De La Mar.
Sementara itu menurut Drs Mohd Nasruddin, aktiviti ini diadakan oleh Perzim bagi menghargai pengunjung yang datang ke muzium itu selain menggalakkan kehadiran lebih ramai pelancong ke Melaka.
"Sebenarnya program ini juga diadakan bersempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa dan Perzim akan meneruskan pencarian pengunjung bertuah ke 700,000, 900,000 dan 1,000,000 sepanjang tahun ini.
"Orang ramai dijemput berkunjung ke muzium dan nantikan hadiah-hadiah menarik dan Perzim juga mengucapkan penghargaan serta terima kasih kepada penaja-penaja yang terlibat," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.