Sultan Perak berkenan berbuka puasa bersama media
Iklan
KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama-sama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini malam tadi.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi.