Tiga daerah dilanda banjir kilat
Iklan
Limpahan air parit di jalan masuk ke Kampung Gong Baru
KUALA TERENGGANU - Hujan lebat bermula jam 3 pagi dan berterusan lima jam menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang dilanda banjir kilat.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah Jalan Sultan Omar, jalan Kamaruddin, depan Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai, Taman Seri Intan, jalan Tekukur Taman Dahlia, simpang empat Chendering, selekoh Kubang Ikan dan SMK Datuk Razali Ismail
Iklan
Iklan
Bagi daerah Marang, kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Kijing, Rhu Muda, Gong Merawang, Seberang Marang, Serating, Pulau Rusa dan Kelulut.
"Hujan yang direkodkan di stesen-stesen sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang menunjukkan keamatan hujan yang sangat lebat melebihi 100mm dalam tempoh tiga jam dan ada yang melebihi 200mm/6 jam.
Iklan
"Kebiasaan hujan 200mm ini direkod untuk tempoh sebulan musim biasa dan keadaan ini pastinya boleh menyebabkan banjir kilat,” kata kenyataan itu hari ini.
Kebanyakan sungai-sungai masih lagi berada di aras normal kecuali Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu dan Sungai Chalok, Setiu yang baru melepasi waspada jam 10 pagi tadi.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>