Warga emas dua kali jadi mangsa jenayah
Iklan
Gunasekaran menunjukkan lutut Leong yang luka akibat terjatuh ketika mengejar penjenayah kelmarin.
SEREMBAN - Minggu lalu rumahnya di Taman Bidara di sini dipecah masuk dan kelmarin dia pula diragut.
Itu peristiwa pahit dialami warga emas yang mahu dikenali sebagai Leong, 62, apabila berdepan malang bertimpa-timpa dalam tempoh kurang dua minggu.
Iklan
Iklan
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, dia yang mahu menutup pagar rumah telah diragut penjenayah yang dipercayai keluar dari semak di depan rumahnya.
"Suspek ambil beg yang saya letakkan dalam bakul motosikal ketika mahu menutup pagar.
Iklan
"Kebetulan pula dalam dompet saya ada wang RM1,200. Memang malang nasib saya semuanya habis dicuri," katanya ketika dikunjungi ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran di rumahnya kelmarin.
Leong berkata, dia cuba mengejar dan membaling topi keledar pada suspek tapi dia terjatuh menyebabkannya cedera.
Iklan
Katanya, dia bawa wang yang banyak kerana trauma kejadian rumahnya dipecah masuk pada 6 Mei lalu yang menyebabkan duit dan barang kemas dilarikan penjenayah.
"Saya sudah tinggal di sini lebih 20 tahun tapi sejak kebelakangan ini saya difahamkan terdapat beberapa kes pecah rumah berlaku di kawasan perumahan ini.
"Saya harap polis dapat buat rondaan lebih kerap di kawasan perumahan ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>