MARANG - Nasib seorang nelayan yang kehilangan bot dalam kebakaran Mac lalu, mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Mangsa, Mohd Zuraidi Abdullah, 46, dari Merchang menerima bantuan wang tunai berjumlah RM8,000 disampaikan Sulaiman dan Pegawai Pejabat Menteri Besar, Sabri Zakaria.