Masjid AMBS guna media sosial promosi World #QuranHour
Iklan
Pengurusan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Ladang bersama wakil Rumah Ngaji Terengganu giat mempromosikan World #QuranHour.
KUALA TERENGGANU - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Ladang menjadi antara lokasi utama World #QuranHour di Terengganu memperhebatkan promosi program berkenaan melalui media sosial.
Imamnya, Syafiq Ambak yang juga penyelaras program berkata, memanfaatkan kemajuan teknologi yang ada, pengurusan masjid memutuskan untuk mempromosikan program itu melalui Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp.
Iklan
Iklan
"Kita juga membuat hebahan secara lisan dengan membuat pengumuman sebelum solat dan meminta penceramah terkenal yang datang ke masjid untuk sama-sama menghebahkan sebagai tanda sokongan.
"Sasaran penyertaan kali ini seramai 200 orang daripada jabatan-jabatan kerajaan. Kita juga mengharapkan lebih ramai peserta daripada kalangan jemaah masjid, individu dan pelajar di sekitar Kuala Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Syafiq Ambak
Mengulas mengenai pelaksanaan program, beliau berkata, program itu akan berlangsung selama sejam, bermula pada jam 12 tengah hari.
Katanya, para peserta yang hadir akan membaca surah al-Kahf, diselangi dengan tadabbur ayat yang dibaca.
Iklan
"Pada tahun lepas, kita telah memulakan program Malaysia #QuranHour dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan, termasuk daripada sekolah-sekolah.
"Memandangkan program ini akan berlangsung pada cuti sekolah, kita sangat mengalu-alukan mana-mana pelajar yang pulang kampung di Terengganu untuk hadir bagi memeriahkan program ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>